Aidilfitri di Machang

Dear Sufi,

Huuhhh...don't know where to begin on our Aidilfitri stories this year. Let me narrate to you through the photos I took using my camera phone.

Ramadhan 27th: Ho ho ho balik kampung!
 Started our journey at 9am. You were too excited sebab dapat naik kereta besar. Berjuta kali cakap bestnye kereta besar Papa..Sufi automatically tidur sebab tahu it'll be a long journey..eventhough Papa cakap tak payah la tidur lagi tapi by 9.30am Sufi dah dibuai mimpi




Papa suka tau bagitahu last minute balik ikut Simpang Pulai..This time tak susah sangat pujuk Papa singgah beli strawberry. Tapi Papa nak cepat so takde la self-plucking.Dapat berhenti shopping kejap pun jadilah! Kejap2 pun..took almost an hour :p

Mama belikan red gerbera daisy untuk Tok Ma sebab this year Mama tak buat raya cookies for her. Oven Nenek dah Mama rosakkan :(
Papa belikan jagung untuk Tok Abah. Sedap hoiiii Cik Ngoh buat jemput jagung. Papa pulak suka Tok Ma punye bubur jagung.


Ramadhan 28th:
Bangun pagi je terus cari cats..sepanjang kat kampung susah betul nak suruh mandi! Kali ni Sufi dapat jolokan si gembala kucing.

On the way to Tanah Merah to buy my inner tudung.. Rajin betul orang ni balut buah mata kucing dia! Rupanya lagi best shopping tudung kat Machang. Ke sebab I tak jupa kedai tudung yang best kat Tanah Merah?
Stock bunga api dari param Machang. Mokcik2 kamu dah besar panjang..semua dah tak excited main macam previous years. Tapi nasib baik Sufi still enjoy yourself.

Ramashan 29th: Malam raya
Sufi takut tengok Papa dah get ready ngan 25 das mercun :p Kelakar la Sufi ni! Patut Mama capture video time ni!
Syawal 1st:
Balik kampung Papa in Aur Duri, Salor around 1230pm. Ni la pokok buah katak puru! Baju kurung Tok Ma jahit. Cantik Sufi pakai :) Mama suka! First day kita visited 6 houses. Murah rezeki Sufi this year. Banyak duit raya collection.

Ni kat rumah Pok Mudo. Sufi macam biasa enjoy main ngan Kak Alya, 6 yo. Sufi dah macam ketua, Kak Alya jom tengok cat kat belakang jom. Kak Alya, jom makan mee goreng jom. Kak Alya sepatah pun tak cakap, ikut je apa Sufi suruh, sampai Mama pun confuse Alya ni faham ke cakap luar ni? 

Syawal 2nd:
Visited kawan UTP Papa kat Kubang Kerian. Cantik rumah mak mertua dia. Baju ni Nenek yang jahitkan. Mama requested Nenek buatkan big bow tie and attached to the hairband. Nenek buatkan skali scrunggy :) Kain ni Mama pilihkan masa shopping kat Jakel ngan Nenek. Mama plan next year raya Mama nak shopping kain awal2 la..asyik last minute je prepare baju raya.
Visited Baba later in the night. Sufi mengada posing macam tu. Masa ni Cik Ngoh a day before delivered her baby.

Syawal 3rd: 
Mama tolong Tok Ma parut kelapa and ubi kayu untuk buat kuih talam. Pagi tu kecut perut Mama bila Tok Ma personally cakap nak buat solat hajat malam tu untuk Cik Ngoh..so nak masak la tuk kenduri solat hajat tu.. Grrrr... masak sendiri! Then nasib baik la yang sponsor kenduri tu Ayoh Hadi punya parents..sebab solat hajat tu untuk Cik Nim sekali..just nak buat kan rumah Tok Abah. So diorang order catering je buat nasi dagang. Phew lega Mama :p

Syawal 4th: 

Plan balik KL pagi tu tapi 5am dapat call from Tok Abah. Cik Ngoh nak bersalin dah. Sufi berkebaya nyonya otw to Hospital Tanah Merah :)
Meeting the only-6 hours-csect-baby boy. Your first Kelantanese cousin. Ada ke mokcik2 kamu nak bagi gelaran Cik Long kat Mama?! A big no no lah kan! Sila panggil Mak Long ye. Papa nak jadi Ayoh Long :)
Muhammad Adam Syawal bin Asmawi yang pada mulanya disangka akan jadi Muhammad Adam Ramadhan bin Asmawi. Adam ikut warna kulit and muka Abi dia. Sufi pun baby Syawal jugak :)
Ayoh Hadi, Cik Nem, Cik Teh, you & Papa tengok baby Adam tidur. Masa Tok Ma dukung Adam, Mama minta dukung. Rasa nak nangis je time dukung tu tapi sebab ramaiiii yang datang visit time tu, Mama gigit bibir Mama kuat2! Nasib baik dapat cover line!

Kak Sufi nak balik KL dah. Sufi terus tanya bila nak datang hospital lagi..tak puas kiss Adam. Sedap Sufi makan hospital lunch. Nasib baik tak habis bubur tu.
From Tanah Merah nak balik Machang pun jem sebab orang still beraya. Interesting jugak kedai ni. Kita balik rumah Tok Abah dulu then baru amik bag balik KL.
3pm from Machang. Reached rumah Nenek 2.30am. Cannot bring myself to tell you the details of our long journey. But Alhamdulillah semua selamat :)
Eh, dah habis entry for Raya? Shortcut betul :p Hehe. Panjang sangat if nak cerita details since we were in kampung for 7 days! Tapi Mama rasa, raya in Machang two years ago lagi happening. Maybe sebab ada 2 ibu mengandung this time around..Cik Ngoh asyik risau sebab tahu kena c-sect. Ayoh Ngoh pun 3rd day raya baru balik beraya. Cik Nim pun Mama tengok masa pregnant ni muka masam aje. I personally think the whole family is more excited to welcome the baby. 2nd day Syawal tu mokcik2 kamu dah xde muka raya pun..bak kata orang Kelate..sebek je dok depan tv. Next year insyaAllah meriah la tu..dah ada baby Adam..Cik Nim pun expected to deliver coming October. 

Mama pun tak amik sangat photos la this time.. Camera Sony pun duduk dalam bag je.

Love,
Mama

Comments

Popular Posts