Lembaga Putih

Sufi, try to imagine this. 10.30 at night. Suasana jalan sunyi diterangi by the street lights but most of the houses still lagi terang. Tiba2 kelihatan dua kelibat manusia.. seorang lelaki berkain pelikat, berbaju melayu dan bersongkok sedang berlari kengkang dan seorang budak perempuan kecil berbaju tidur sedang berlari-lari tetapi kelihatan seperti mahu terbang dan menunggu masa untuk jatuh tersembam. Apa yang mereka kejar? atau apa yang mengejar mereka? Nun dibelakang mereka kelihatan lembaga putih yang berkepak tetapi tidak terbang malah berlari-lari pancit. Haa seram tak Sufi?

Itulah aktiviti kita everytime balik dari terawih. Papa la yang start dulu. Sufi, jom lari tinggalkan Mama. Mama pun dengan pakai telekung saja bengkokkan tangan ke depan bagi telekung jadi kembang sambil lari kejar korang. Ala-ala thriller Michael Jackson dah jadinya. Dalam hati kalau tiba2 kat corner rumah Tok Alang tu ada moto nak wat cornering, confirm terbalik motor tu terkejut tengok lembaga putih bercermin mata!

Sufi akan sangat excited berlari sampai gelak2 & jerit..Cepat Papa!!tinggalkan Mama!! Lepas tu kalau kalah,Sufi merajuk sakan! Heeeeee itu pun nak merajuk! Memang tak lepas aktiviti berlari dari masjid ke rumah Nenek sebab biasanya kita gerak dari masjid lambat sebab duk singgah minum la, singgah 7-11 la..beli burger bakar la. So ramai yang dah balik..Jalan pun dah kosong..boleh la nak berlari2 buat macam jalan sendiri :) 


Malam semalam, Papa pulak yang start ajak pekena minum teh o panas kat masjid! Hahaha tengok...ada orang addicted! Last night pulak siap ada karipap. Sedap pulak tu. Nak amik more than one melampau pulak. Nanti orang yang solat 20 rakaat tak dapat merasa. Nasib baik Sufi tak habis bagi kat Mama. Tapi laju pulak ada orang tu tarik tangan Mama and sua mulut dia kat saki baki karipap tu..Papa oh Papa..you're becoming more like me! Muahahaha.

Malam tadi lagi banyak kuih. Cik Mek Molek, kuih sagu merah, kuih lapis then siap top up jemput2 pisang. ohmai..ni excited nak terawih ke moreh?? Papa buat2 tanya...Sufi nak ke jemput2? Haa amik skali untuk Papa..2x Papa suruh amik untuk Papa ok :p 


Another excitement Sufi masa kat masjid is during tazkirah. Usually during this session Sufi akan minum susu or ribena atas riba Mama and you'll wait for the two ladies that make their rounds untuk kumpul derma. Mama pesan kat Sufi, sorok duit dalam tangan. Jangan tunjuk2 kat orang and masa nak masukkan duit dalam karung tu, baca Bismilah. Maka macam speaker la kamu baca  Bismilah tu..orang lain pun sengih2 dengar. Mama pun cepat2 peluk Sufi sebab segan. 

So I guess that's pretty much I can share with you about my terawih experience with you this year! Last night was my last terawih this Ramadhan. Red flag dah :) Semoga Allah panjangkan umur kita semua and dapat terawih sama2 lagi next year :) Amin.

Yesterday morning tiba2 rasa nak selfie with Papa..tiba2 ada orang jealousss..so Papa pun dukung la Sufi!

Nenek suka ni!

Eh..how come sedap kari Mama ni? Nenek pun puji! Nenek masak sambal telur lagi la masyuk combination! Sedap!


Love,

Mama

Comments

Popular Posts